Jumaat, 17 Februari 2012

Kek Mangkuk Comel ( Orange Cupcake )


Kek Mangkuk Comel (Orange Cupcake)

Bahan - Bahan :

  • 200 gram marjerin
  • 5 biji telur
  • 180 gram gula
  • 1 sudu besar parutan kulit oren
  • 200 gram tepung kek
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Krim aising *Untuk hiasan*
Cara Membuat Kek Mangkuk Comel :
  • Pukul marjerin dan gula hingga kembang.
  • Masukkan telur satu persatu.
  • Masukkan esen vanila dan parutan oren dan putar.
  • Masukkan tepung kek dan putar hingga sebati.
  • Masukkan ke dalam mangkuk kertas dan bakar.
  • Setelah sejuk hiaskan dengan krim aising *Mengikut kreativiti anda sendiri*

Bahan - Bahan Membuat Krim Aising Hiasan :
  • 200 gram mentega
  • 600 gram gula aising
  • Sedikit perasa oren
Cara Membuat Krim Aising :
  • Putar mentega hingga lembut dan berwarna putih.
  • Masukkan gula aising sedikit-sedikit sambil putar.
  • Campurkan sedikit perasa oren.
  • Pukul adunan hingga mendapat konsistensi yang di kehendaki.

5 ulasan: