Jumaat, 17 Februari 2012

Kek Mangkuk Comel ( Orange Cupcake )


Kek Mangkuk Comel (Orange Cupcake)

Bahan - Bahan :

  • 200 gram marjerin
  • 5 biji telur
  • 180 gram gula
  • 1 sudu besar parutan kulit oren
  • 200 gram tepung kek
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Krim aising *Untuk hiasan*
Cara Membuat Kek Mangkuk Comel :
  • Pukul marjerin dan gula hingga kembang.
  • Masukkan telur satu persatu.
  • Masukkan esen vanila dan parutan oren dan putar.
  • Masukkan tepung kek dan putar hingga sebati.
  • Masukkan ke dalam mangkuk kertas dan bakar.
  • Setelah sejuk hiaskan dengan krim aising *Mengikut kreativiti anda sendiri*

Bahan - Bahan Membuat Krim Aising Hiasan :
  • 200 gram mentega
  • 600 gram gula aising
  • Sedikit perasa oren
Cara Membuat Krim Aising :
  • Putar mentega hingga lembut dan berwarna putih.
  • Masukkan gula aising sedikit-sedikit sambil putar.
  • Campurkan sedikit perasa oren.
  • Pukul adunan hingga mendapat konsistensi yang di kehendaki.

Rabu, 15 Februari 2012

Kerabu Mangga

Untuk Hidangan :  4 Orang

Kerabu Mangga

Bahan - Bahan :
  • 2 biji mangga muda (dipotong panjang dan nipis)
  • 100 gram ikan bilis (digoreng dan ditumbuk kasar)
  • 20 gram udang kering (disangai dan ditumbuk)
  • 100 gram udang (digoreng) *Boleh juga digantikan dengan sotong atau makanan laut lain*
  • 1 biji bawang besar (dimayang halus)
  • 10 biji cili padi (dipotong nipis) *Bagi yang sukakan pedas lebihkan sedikit cili*
  • 2 sudu makan perahan air lemon
  • sedikit garam dan gula
Cara Membuatnya :
  • Masukkan semua bahan-bahan di dalam bekas, masukkan perahan air lemon, garam dan gula.
  • Gaul sebati dan rasa garam dan gulanya.
  • Siap untuk dihidang.

Smoothie Pisang Bercoklat

Smoothie Pisang Bercoklat

Bahan - Bahan :
  • 2 biji pisang emas
  • 5 sudu besar MILO
  • 1 sudu pati coklat (Chocolate emulco)
  • 250 ml susu segar
  • 1 cawan air masak sejuk
  • 1 cawan kiub ais
  • gula secukupnya
  • krim putar untuk hiasan
Cara Membuatnya :
  • Potong pisang kepada bentuk yang kecil dan masukkan ke dalam pengisar.
  • Masukkan pula MILO, pati coklat, susu segar,gula dan kisar hingga sebati dan berbuih.
  • Kemudian masukkan air dan juga ketulan ais. Teruskan mengisar sehingga halus.
  • Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam cawan dan letakkan krim putar di atasnya. Taburkan sedikit pati coklat di atas krim putar.
  • Sedia untuk dihidangkan.
"SELAMAT MENCUBA"